Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday, 23 September 2013

Air Asia


Assalammualaikum w.b.t
Selamat datang ke blog kami..

Kami diberi tugas untuk mengambil gambar halaman utama dari mana-mana laman sesawang dan membuat pemerhatian mengenai reka bentuk laman sesawang tersebut. Kami memilih untuk mengambil laman sesawang seperti diatas. Berdasarkan dari pemerhatian yang kami buat, kami mendapati tujuan laman sesawang ini dibuat untuk memudahkan pengguna bagi menempah terus tiket penerbangan secara atas talian melalui laman sesawang yang mesra pengguna ini.

Laman sesawang ini boleh dilawati oleh pelancong-pelancong dari luar negara juga pengguna di dalam negara bagi memudahkan urusan penempahan dan pembelian tiket ke destinasi yang ingin dituju.

Kami sangat berpuas hati dengan reka bentuk yang dihasilkan dan juga kemudahan yang disediakan. Laman sesawang tersebut sangat membantu pelancong serta penggunanya dengan adanya pakej tambang murah yang ditawarkan mengikut destinasi, perancangan perjalanan dan maklumat sebelum dan selepas melancong.

Laman sesawang ini sangat berguna kerana menyediakan kemudahan untuk pengguna melancong serta merasai tempat-tempat menarik yang berada diluar negara juga dalam negara. Ia bukan sahaja menepati citarasa malah sangat mementingkan keselesaan penggunanya daripada perkhidmatan yang ditawarkan. Selain itu, perjalanan semasa melancong juga disusun secara teratur dari segi masa juga tempat penginapan.

Fakta yang menarik mengenai laman sesawang ini adalah kadar tambang penerbangan yang sangat murah berbanding perkhidmatan penerbangan syarikat lain.

Kami akan menggalakkan pengguna lain atau para penggemar melancong untuk menggunakan laman sesawang ini bagi menikmati segala perkhidmatan yang menarik yang telah ditawarkan.

Laman sesawang ini boleh ditambahbaikkan dengan menawarkan lebih banyak lagi tambang murah ke tempat-tempat menarik di dalam atau di luar negara juga menawarkan diskaun setiap bulan tanpa menunggu cuti umum.




No comments:

Post a Comment